Skip to main content

Sistem Pintu Pintar (IOT)



 

MPU23052

SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

NAMA PENSYARAH: PN.NORMA BINTI CHE HASAN 


SISTEM PINTU PINTAR (IOT)


AHLI KUMPULAN

MUHAMMAD HAFIZUL BIN MAT RUDIN
04DEP20F2004

SITI NORBAIYATI BINTI NORHISHAM
04DEP20F2001













PENGENALAN

Pada zaman kemodenan ini, terdapat pelbagai peralatan canggih diciptakan dan mempunyai pelbagai fungsi yang dapat memberi manfaat kepada penggunanya contohnya, SISTEM PINTU PINTAR (IOT). Dengan menggunakan jenis kunci rumah seperti ini pengguna akan lebih selamat dan dapat mengenalpasti kehadiran orang yang tidak dikenalpasti melalui applikasi dan pengguna dapat memasuki rumah dengan hanya menganalisa wajah pada kamera di pintu rumah. Dengan itu, keselamatan pengguna akan lebih terjamin dan ciri keselamatan lebih ketat seterusnya dapat mengelak daripada terjadinya kes pecah rumah.

PERYATAAN MASALAH

•Mengurangkan risiko berlakunya pecah masuk rumah.
•Lamabat untuk buka kunci rumah..
•Mengurangkan kos untuk membuat kunci.
•Tidak ada lagi masalah kunci tertinggal.
•Dapat mengurangkan tenaga untuk membuka setiap suis di rumah.

OBJEKTIF

Objektif utama projek ini adalah untuk mereka bentuk sistem yang mempunyai ciri keselamatan yang tinggi pada kunci pintu rumah bagi menjamin keselamatan penghuni daripada bahaya.  Secara lebih khusus, objektif utama penyelidikan ini adalah:-

  • Pengguna lebih tahu untuk siapa dia membuka pintu, kerana projek kami mempunyai kamera untuk melihat siapa yang berada di hadapan pintu rumah.
  • Memimgkatkan keselamatan pengguna dengan memberi amaran tentang seseorang yang tidak dikenalpasti pada aplikasi
  •  Pengguna dapat membuka pintu rumah hanya dengan menganalisa wajah pada kamera.
  •  Dapat membka suis lampu dengan hanya menggunakan aplikasi “Serial Bluetooth Terminal”.
KELEBIHAN
  • Menjamin keselamtan pengguna daripada bahaya seperti pecah rumah.
  • Mengukuhkan lagi sistem keselamtan pintu rumah dengan mengesan kehadiran orang yang dikenali daripada kamera.
  • Memudahkan dan menjimatkan masa membuka atau menutup peraltan elektrik seperti kipas dan lampu.
 KELEMAHAN
  • Tiada sumber tenaga apabila putus bekalan elektrik
  • kamera lambat menganalisa wajah
  • Tidak dapat mengawal peraltan eletrik daripada jauh apabila telefon tiada bateri kerana menggunakan aplkasi " Serial Bluetooth Terminal".

PRINSIP RABBANIAH DAN WASATIAH

RABBANIAH (KETUHANAN)
  • Maksud "RABBANIAH" adalah  ketuhanan iaitu segala hukum, konsep, prinsip, nilai dan peraturan yang terdapat dalam Islam bersumberkan wahyu Allah s.w.t. dan hadis. 
  • Projek ini dilaksanakan bagi mengurangkan berlakunya kejadian pecah rumah atau kecurian kerana sifat seperti ini tidak disukai oleh ALLAH SWT dengan menggunakan alat ciptaan ini kita dapat mengurangkan berlakunya sifat atau niat yang tiak baik ini.
WASATIAH (KESEDERHANAAN)
  • Maksud "WASATIAH" adalah segala  hukum hakamnya bersifat sederhana dan tidak belebhan atau berkurangan.
  • Projek ini sangatlah ringkas berbanding pengunci pintu yng lain kerana projek ini menggunakan barang terpakai seperti led, ESP32 camera, breakboard dan banyak lagi bagi melaksanakan dan menjayakan projek ini kerana ingin mrngekalkan prinsip wasafiyah (bersederhana) dalam proses membuat dan merekabnetuk projek ini.

PERANAN SYARIAT

HARTA
  • Mengikut syariat islam menegaskan bahawasanya haram segala bentuk perbuatan yang memudaratkan harta seseorang atau kumpulan seperti merompak, mencuri, menyorok, membazirkan dan menspekulasi pasaran modal. 
  • Jadi projek kami ini bersesuaian dengan peranan syariat dari segi harta kerana projek kami bersesuaian untuk menjaga harta benda pengguna malah menjaga keselamtan pengguna daripada orang yang tidak dikenali yang mempunyai sifat atau niat yang tidak baik kepada kita. Dengan itu, harta benda kita akan sentiasa selamat daripada sebarang kecurian serta rompakan daripada orang jahat kerana kita mempunyai sistem keselamtan yang kukuh dan kuat dan sekaligus dapat mengurangkan berlakunya kes kecurian serta rompakan.
MEMELIHARA NYAWA
  • Nyawa merupakan ciptan yang unik keatas kejadian manusia dan menjadi keutamaan untuk dipelihara melaksanakan tanggungjawab khalifah.
  • Projek kami dapat melindungi nyawa pengguna kerana projek kai dilengkapi dengan ciri keselamatan yang kukuh dan kuat. Hal ini kerana, kita dapat melihat orang yang tidak dikenalpasti yang berada dihadapan pintu rumah dengan hanya menggunakan aplikasi dan seterusnya kita dapat membuat tindakan awal dengan menelefon polis untuk membuat rondaan dikawasan sekitar rumah kerana terdapat aktiviti yang mencurigakan. Sekaligus dapat menyelamtakan nyawa pengguna serta nyawa penduduk sekitar daripada seseorang yang mempunyai niat jahat.
    MEMELIHARA MARUAH
  • Syariat islam menetapkan bahawa pemeliharaan maruah atau harga diri merupakan perkara yang penting dalam kehidupan manusia.
  • Projek kami bersesuai dengan prinsip syariat memelihara maruah diri kerana apabila seseorang yang tidak dikenali datang kerumah sama ada jiran, kawan, ahli keluarga dan sebagainya kita tidak perlu untuk membuka pintu untuk melihat siapa yang berada diluar kerana kita hanya perlu melihat daripada applikasi sahaja dan is memaparkan wajah siapa distu. Hal ini dapat menjaga aurat kita lebih-lebih lagi wanita.
PELAKSAAN SYARIAH

MENCEGAH LEBIH BIK DARI MENGUBATI
  • Dengan projek sistem pintu pintar (IOT) ini dapat kita dapat mencegah seseorang daipada diancam oleh sesuatu yang tidak dingini seperti rompakan, kecuriaan, rogol dan lain-lain lagi. Hal ini kerana, moto dan visi kami merekabentuk dan membina projek ini adalah untuk melindungi pengguna dan menjanji keselamtan yang kukuh serta kuat supaya pengguna tidak diancam oleh mereka yang mempunyai niat yang jahat dan keji ini. Kai tidak mahu apa-apa terjadi berlaku kepada pengguna produk kami. Pencegahan ini dapat membuat penguna berasa lebih selamat apabila tinggal sendirian mahupun bersama kelaurga dirumah serta dapat mengelakkan pengguna daripada menanggung kerugian.
MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA
  • Projek yang kami cipta dapat memudahkan urusan dan melindungi pengguna daripada ancaman bahaya seperti rompakan, kecurian, rogol dan lain-lain lagi. Dengan itu, pengguna lebih selamat dan selesa apabila tinggal bersendirian mahupun bersama keluarga dan engguna tidak takut apabila tinggal bersendirian dirumah. Dengan itu, tiada istilah untu mencapai matlamat keperluan manusia, sebarang kaedah boleh digunapakai dan menghalalkan proses yang betcanggah engan syarat.

PRINSIP ETIKA DALAM SAINS
  • Mengelakkan berlakunya kerosakan akhlak manusia akibat daipada rekaan dan alat yang dihasilkan. Inovasi ini diciptakan untuk memudahkan dan menlindungi pengguna daripada berlakunya perkara yang tidak diingini.
  • Hasil rekaan yang dibina bukanlah satu sebab untuk umat islam alpa daripada tugas sebagai hamba ciptaan yang dibangunkan mampu mengelakkan manusia daripada merosakkan alam. Inovasi ini diciptakanbagi memudahkan urusan pengguna untuk masuk kedaan rumah tanpa perlu mengeluarkan kunci rumah serta untuk melindungi penguna daripadan ancaman bahaya. Ciptaan ini juga rendah kos kerana menggunakan barangan terpakai.

KAEDAH FIQH

Kaedah fiqh merupakan rangkuman prinsip yang telah diperakui oleh Syarak. Memudahkab pemahaman terhadapt hukum untuk digunakan pakai kepada persoalan sains teknolohi dan kejuruteraan.
  • Kaedah fiqh menetapkan formula teras atau digunapakai bagi menjadi rujukan sebelum memulakan penyelidikan. Sebelum mereka inovasi ini kami membuat penyelidikan terlibat dahuli tentang kunci pintu rumah dan kami menambahbaik daripada projek lama sebelum ini untuk mencipta sesuatu yang lebih moden, memudahkan urusan pengguna dan mempunyai ciri keselamtan yang lebih tinggi. Akhirnya tercetuslah idea kami untuk mencipta sistem pintu pintar (IOT) yang membuka pintu apabila dapat mengenalpasti wajah pengguna dan memberi amaran apabila terdapat seseorang yang tidak dapat dikenalpasti.
Setiap sesuatu bergantung kepada tujuannya
  • Persoalan yang timbul adalah amalan yang dilakukan tersebut mempunyai tujuan atau nat yang bukan ibadat mungki juga berlaku sebahagian amalan tersebut bertujuan ibadat dan sebagainya yang lain bertujuan tertentu. Inovasi ini direka bertujuan untuk memudahkan pengguna membuka pintu rumah dan melindungi pengguna daripada ancaman bahaya sepeti kecurian, rompakan, rogol dan sebagainya. Niat kami dalam mencipta dan merekabentuk projek ini adalah ikhlas kerana ALLAH SWT dan berdasarkan moto dan visi kami adalah untuk memudahkan dan melindungi pengguna kami.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, projek SISTEM PINTU PINTAR (IOT) menggunakan face id adalah cara efektif dan canggih untuk memastikan hanya orang yang berwenang sahaja dapat membuka pintu. Projek ini mendatangkan banyak manfaat kepada pengguna kerana ia berfungsi untuk menjaga keselamatan dan keamanan yang tinggi kerana orang yang berdaftar sahaja dapat membuka pintu. Namun begitu,terdapat risiko yang dihadapi kerana teknologi face id ini memiliki kesulitan dalam mengenali wajah seseorang .Hal ini kerana,keadaan sekeliling ataupun disebabkan oleh perubahan pada wajah pengguna. Oleh itu, pada masa akan datang kami akan menambahbaik projek dengan ciri-ciri keselamtan yang lebih ketat dan canggih.


Comments